Friday, October 30, 2009

30 Luahan hati suami

1."isteriku, Iktiraflah Kelakianku Dan Kedudukan Aku Sebagai Suami"
2."Isteriku, Jagalah Rumahku Supaya Aku Rasakan Ianya Seperti Syurga Bagiku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri Aku Kerana Aku Tak Suka Kecoh-Kecoh"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku Bahawa Aku Ingin Kebebasan"
5."Isteriku, Berbincanglah Dengan Ku.. Dan Bukan Memaksaku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu Seperti Mula Kita Berkenalan Dulu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku Kerana Ianya Membuat Aku Tergoda"
8."Isteriku, Hargailah Pemberianku Kerana Ianya Membuat Aku Rasa Dihargai"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak Kerana Mereka WarisanKu"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku Kerana Aku Ingin Selalu Makan Bersamamu"
11."Isteriku, Jagalah Pakaianku Supaya Orang Lain Kagum Padaku Kerana Mempunyai Isteri Yang Bertanggungjawab"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku Supaya Mereka Akan Sentiasa Mengingati Ku Semasa Aku Telah Tiada"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku Seperti Keluargamu Sendiri Kerana Mereka Darah Dagingku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu Supaya Aku Tidak Segan Memimpinmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu.. Temani Aku, Belailah Aku Dan Layanlah Aku Selalu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah Kerana Aku Suka Sesuatu Yang Senang Dan Tenang"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku Kerana Aku Pemimpinmu Dan Aku Tak Suka Kau Berdosa Padaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta.. Walau Apa Pun Kau Tetap Yang Utama Dihatiku"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu Supaya Aku Tenang Bersamamu"
20."Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku Kerana Apa Yang Aku Fikir Tidak Sampai Di Fikiranmu"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan Ku Kerana Aku Lakukan semuanya Untukmu"
22"Isteriku, Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak Mulia Supaya Dia Tak Menyusahkan Aku Dimasa Depan "
23."Isteriku, Permudahlah Penglibatan Sosial Ku Kerana Itu Cara Pergaulan Ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros Kerana Aku Risaukan Masa Depan Kita"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku Kerana Aku Mahu Rasakan Aku Benar-Benar Telah Berjaya"
26"Isteriku, Galakkanlah Hobiku Kerana Ia Membuat Aku Senang Padamu"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek Ku Supaya aku Semakin Bijak Berfikir"
28."Isteriku, Berjimat Cermatlah Dan Hargailah Apa Yang Ada"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku Supaya Aku Memahamimu"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku supaya Aku Dapat Rasakan Diriku Sebagai Pemimpin"

No comments:

Post a Comment