Tuesday, October 6, 2009

Apa itu cinta


Menurut kamus Dewan, cinta adalah:-

Perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada seseorang yang lain.

Perasaan atau berperasaan sangat berahi

Perasaan atau berperasaan inginkan sesuatu

Cinta adalah kesetiaan seseorang kepada seseorang yang lain pada satu masa, kepercayaan, kejujuran, kenangan, kasih sayang, memahami, kerinduan, kebencian, kemarahan dan seribu macam rasa lagi... hargai lah nilai cinta..

Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki sidia secara total. Kenapa? cintailah dia walaupun dipelosok mana dia berada. cintai dia untuk tempoh jutaan tahun sekalipun. Tetapi ingat segalanya sudah tersurat sejak azali bahawa dia kekasihmu belum tentu menjadi milikmu abadi. Jangan salahkan dirimu sendiri andai jatuh cinta..jangan disesali kerana menyintai kerana itu satu rasa kurniaan Ilahi buat hamba-hambaNya.

No comments:

Post a Comment