Friday, October 30, 2009

Cantik tapi bodoh

Ada seorang kawan saya pernah berkenalan dengan seorang wanita yang kemudiannya kawan saya ini ingin melihat wajah wanita itu sebelum meminangnya. Sekalipun kawan saya ini tidak mempedulikan sangat wajah perempuan ini kerana akhlak wanita ini baik namun saya mengarahkan kawan saya melihat dahulu wajahnya.
Malangnya wanita ini mewarisi kebodohan wanita melayu yang kemudiannya memberikan gambar palsu kepada kawan saya ini kononnya mahu menguji apakah kawan saya ini memilih kecantikan atau hati. Gambar yang diberikan ialah seorang wanita yang berkulit gelap dan berjerawat dan memakai tudung dengan menampakkan rambut dan saya katakan pada kawan saya perempuan ini tidak sesuai untuknya kerana kawan saya itu seorang yang kacak dan biarlah mencari yang sepadan dan lebih sopan pada pemakaian.
Sabda Rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim). Akhirnya setelah menolak perempuan itu atas nasihat saya maka selepas itu barulah perempuan kurang bijak ini muncul semula pada kawan saya dan mempamerkan dirinya yang sebenar dengan sengaja memperlihatkan dirinya yang memang cantik manis, memakai jubah dan bertudung labuh dengan berkulit putih pipi kemerah-merahan.
Kawan saya merasa menyesal menolak muslimat ini namun saya katakan pada kawan saya bahawa wanita ini hanyalah wanita kurang bijak+sedikit terpalit kebodohannya yang memiliki wajah dan diri yang cantik tapi jahil dan jauh dari pertunjuk sunnah dan bahkan saya doakan pada kawan saya ini mendapat muslimah yang lebih solehah dan semoga wanita ini mendapat lelaki yang sehodoh mungkin sesuai dengan gambar palsu yang diberikan kepada kami sebagai pengajaran buat dirinya yang tidak mengikut petunjuk sunnah Rasulullah..
Sesungguhnya sunnah yang diajar oleh Rasulullah ialah bolehnya lelaki melihat wanita dan wanita melihat kepada lelaki dan hal ini sudah ijmak ulama fuqaha ummah namun masih wujud wanita kurang bijak berwajah cantik dalam masyarakat Melayu konon hendak menguji lelaki. Sesungguhnya baginda Rasulullah sendiri menyukai wanita cantik dan menyuruh supaya melihat dahulu wanita yang ingin dinikahi apakah sedap mata memandang dan menarik hati.

No comments:

Post a Comment