Thursday, October 8, 2009

Cinta itu memberi kesan dalam kehidupan kita




Cinta boleh membuatkan kita berasa disayangi,menyayangi, merindui, bernafsu,amarah, cemburu, perasaan suka, duka dan banyak lagi rasa-rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tahukah dimanakah bermulanya rasa cinta itu? Ia bermula dihati. Seluruh dunia sebulat suara menyatakan demikian.

Teringat aku petang tadi apabila aku melepak disebuah stesen bas.. kulihat ada sepasang kekasih sedang dilamun cinta. Mungkin ketika itu siteruna nak menghantar buah hatinya pulang. Ketika sigadis naik keatas bas dan duduk dibangku penumpang, dia mengalih mukanya kearah siteruna yang masih berdiri ditepi bas itu sambil melayangkan flying kiss kearah siteruna. Tahu apa yang dibuat oleh si teruna? sambil tersenyum dengan cerianya dia mengawangkan tangannya, seolah sedang menangkap sesuatu diudara dan dibawa kebibirnya lalu dicium dan dia seperti menyimpannya didadanya dimana tempat hati itu bertapa.

Bila kita putus cinta rasa sakitnya dimana? Maka ketika itulah keluarnya perkataan seperti 'sakit hati' dan 'makan hati' . Yakinlah cinta itu memang tempatnya dihati. Hati boleh menterjemahkan perkataan, tetapi perkataan seringkali tidak dapat menterjemahkan hati. Perlakuan seseorang pada luarnya kadang-kadang tidak sama dengan perlakuannya didalam hati.

Masaalah hati ini hanya individu itu dan Tuhan saja yang lebih mengetahui. Kita lebih mengetahui apa yang ada didalam hati kita semasa kita bercinta samada ikhlaskah, setiakah, dustakah dan sebagainya.

Sabda Rasulullah S.A.W " SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT KEPASA JASAD ATAU RUPA BENTUK KAMU, TETAPI ALLAH MELIHAT KEPADA HATI-HATI KAMU" - Riwayat dari Abu Hurairah r.a



































No comments:

Post a Comment