Thursday, October 8, 2009

Pesanlah kepada diri sendiri

Perasaan cinta memang telah sedia ada wujud dalam diri setiap orang. Tanpa mengira sempadan jantina, umur(remaja atau dewasa) atau bangsa. Memiliki cinta adalah normal, malahan ia juga bukan satu kesalahan. Namun bergantung kepada kebijaksanaan (akal) seseorang itu dalam menangani perasaanya sepanjang tempoh percintaan didalam kehidupannya.

Kita sendiri harus bertanggungjawap keatas diri kita. Tidak ada yang lebih mengenali diri kita melainkan diri kita sendiri. Jangan mudah merasa kita dicintai jika kita mencintai seseorang itu. Tidak semua cinta memberikan hak untuk kita memiliki cinta itu.

Bercinta memanglah seronok, semuanya manis. Rasa sayang tiba-tiba berbaur cemburu, rajuk dan macam rasa lagi. Ingatkan pada diri sendiri bahawa tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ini kecuali Allah s.w.t

Bersabarlah dengan ujian Allah s.w.t kerana Dia lah yang lebih mengetahui, Dia menguji kit dengan ujian itu kerana dia tahu, kita boleh dan mampu menghadapinya.

Sekiranya mencari cinta , carilah mereka yang mencintai anda lebih daripada anda mencintai dirinya. Siapakah yang lebih menyayangi kita selain Pencipta diri kita sendiri kerana Allah s.w.t itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kadangkala kita pernah tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Leka dan alpa, ingatlah kembali pada Alah s.w.t kerana sesungguhnya disebalik apapun ujian pasti ada hikmahnya. Bersyukurlah apabila kita diberi peringatan ketika kita sedang lalai. Daripada kita hancur sehingga saat terakhir kita tanpa keinsafan. Bukankah tmpt kita kembali hanya pada Allah jua.

No comments:

Post a Comment