Tuesday, October 6, 2009

Guna Akal apabila Bercinta

Gunalah akal apabila bercinta, hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan tetapi akal menyuruh menimbang- hamka

Imam ghazali dalam karyanya Ihya Ulum Al Din menyebut nafsu yang jahat dipanggil nafsu hayawaniyyah (nafsu kebinatangan) yang wujud dalam diri manusia. Justeru itu sekiranya kita biarkan nafsu itu menguasai diri, seolah-olah kita melepaskan binatang yang buas seperti harimau dan singa dalam masyarakat kita. Dan nafsu ini tidak berakal, ia membawa kita kearah kemusnahan, kerana ia tidak kenal baik-buruh atau betul-salah dan sebagainya.

Umpama pepatah melayu lama; hidup ini bersendikan adat, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah. Fikir2kan lah, muda hanya sekali, jangan kerana menurut hati, merana jiwa sepanjang usia

No comments:

Post a Comment