Tuesday, October 6, 2009

Penciptaan Nabi Adam dan Hawa


Allah menciptakan Nabi Adam as dengan sebaik-baik penciptaan..diberiNya pengetahuan dan akal fikiran.. Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam as ..bukan dari kepala untuk dijadikan pemimpinnya.. bukan dikaki untuk dijadikan alasnya.. melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya. Dekat dengan lengan untuk dilindungi nya dan dekat dihati untuk dicintainya.. Perbezaan sifat diantara keduanya melabuhkan rasa cinta
Tinggallah mereka di syurga yang tersedia segala kemudahanya.

Kerana hanya sepohon pokok yang buahnya dilarang Allah memakannya.. Hasutan syaitan mengalpakan Hawa dan kerana kasih Adam melihat Hawa dengan rasa cinta lalu diapun makan bersama. Hakikat ini Allah jadikan punca Adam dan Hawa diturunkan ke dunia.
Beratus tahun mereka berdua terpisah dan akhirnya bersua kembali di Bukit Rahmah.. Demikian bermula kisah setulus cinta insan bernama manusia..

No comments:

Post a Comment