Friday, October 30, 2009

Pesanan Ibu Untuk Anak Gadisnya

Pesanan Asma binti Kharijah Fazari kepada anak perempuannya pada hari pernikahan anaknya itu: Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan dan dibesarkan.Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali dan engkau harus bersama-sama dengan seseorang yang belum engkau kenali..
Itulah suamimu. Jadilah engkau seperti tanah untuknya dan dia akan menjadi sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai unutukknya dan dia akan menjadi tiang untukmu. Janganlah engkau membebankannya dengan pelbagai kesukaran kerana dengan itu, akan menyebabkan dia lari meninggalkan engkau..
Janganlah engkau terlalu jauh darinya supaya dia tidak melupakan engkau. Tetapi kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan sekiranyadia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu elok-elok; hidungnya,pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah sehingga dia mencium sesuatu padamu,kecuali yang harum-harum sahaja, jangan pula dia mendengar sesuatu melainkan yang enak-enak belaka, janganlah pula dia melihat sesuatu melainkan yang indah-indah sahaja pada dirimu..

No comments:

Post a Comment